14 Jenis Makanan Terbaik Untuk Otak dan Untuk Tingkatkan Fokus dan Ingatan
Adakah makanan yang anda makan itu memberikan kesan yang
baik kepada otak anda? Ada juga makanan terbaik untuk otak sementara,
kita menyangka bahawa apa yang kita makan itu memberikan kesan kepada
tubuh badan dan penampilan kita, para sainstis pula sedang terus
mengkaji. Mereka mengatakan bahawa apa yang kita makan itu sebenarnya
telah memberatkan otak kita.
Lihat, tubuh badan kita tidak suka kepada tekanan. Bagaimana? Apabila kita mengalami tekanan samada ia tekanan fizikal atau mental tubuh badan kita akan merembeaskan bahan bernama sitokines.
Bahan kimia ini akan memberikan tindak balas kepada sistem
imun untuk melawan semula tekanan tersebut melalui keradangan
disebabkan oleh tekanan tersebut merupakan satu jangkitan. Apabila
keradangan tersebut membantu melindungi kita daripada penyakit dan
memperbaiki tubuh badan jika kita tercedera, keradangan yang kronik pula
berbeza. Ia dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti gandaan
sklerosis, keresahan, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Namun, apakah semua ini berkaitan dengan makanan? Perut
kita membantu bagi memastikan sistem imun kita bertindak dan keradangan
berada dalam kawalan. Tambahan pula, hormon perut kita yang masuk ke
otak atau dihasilkan di otak sangat mempengaruhi keupayaan kognitif
kita. Contohnya, keupayaan untuk memahami dan memproses maklumat baru,
sentiasa fokus kepada tugasan yang ada dan tahu bilakah kita sudah
kenyang.
Tambahan pula, makanan untuk otak ini kaya dengan
antioksidan, lemak yang baik, vitamin dan mineral untuk memberikan
tenaga dan bantuan untuk melindungi kita daripada penyakit otak. Jadi,
apabila kita berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada tubuh badan
kita, secara langsung minda dan tubuh badan kita kedua-duanya akan turut
sihat juga.
Sudah tentu, sesetengah makanan itu baik untuk otak anda
berbanding yang lain. Saya sudah lihat lebih daripada 15 jenis makanan
untuk otak yang anda perlu ambil untuk kebaikan minda dan tubuh badan
anda. Dengan sedikit campuran buah-buahan, sayur-sayuran, minyak dan
juga coklat, ia akan menjadi makanan yang boleh diterima oleh semua
orang!
14 Jenis Makanan yang Terbaik untuk Otak
1. Avocado
Buah ini merupakan salah satu daripada buah yang paling menyihatkan dan
juga buah kegemaran saya. Sungguhpun buah ini sering mendapat reputasi
yang buruk disebabkan oleh kandungan lemaknya yang tinggi, adalah perlu
untuk diketahui bahawa buah ini sanagt kaya dengan lemak monotepu atau
lemak “sihat” bagi mengekalkan paras gula dalam darah dan mencerahkan
kulit juga.
Mengandungi vitamin K dan folat, buah avokado
membantu anda bagi mencegah daripada pembentukan darah bekut di dalam
otak (mengelakkan strok) begitu juga meningkatkan fungsi kognitif
terutamanya ingatan dan tumpuan. Ia juga kaya dengan vitamin B dan C
yang tidak disimpan di dalam badan anda namun diperlukan setiap hari.
Tambahan pula, ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta gula
yang paling rendah berbanding dengan mana-mana buah. Bukan itu sahaja,
teksturnya yang berkrim juga membolehkan ia menjadi bahan tambahan yang
terbaik untuk smoothie anda selain daripada menggantikan lemak dalam
bahan-bahan pembuatan kek anda.
2.Ubi Bit
Ia mungkin agak melucukan apabila bit pernah menjadi
resipi anda yang melucukan ketika anda kecil namun, sebenarnya ia
merupakan sejenis sayuran akar yang kaya dengan khasiat. Akar bit ini
mampu mengurangkan keradangan, memiliki kandungan antioksidan pelawan
kanser yang tinggi serta berupaya untuk membuang toksin daripada darah
anda.
Kandungan nitrat yang semula jadi di dalamnya berupaya
meningkatkan peraliran darah ke otak, membantu meningkatkan prestasi
mental. Tambahan pula, ketika melalukan senaman yang kuat, bit sebanrnya
membantu meningkatkan tenaga dan meningkatkan tahap prestasi anda. Saya
sanagt menggemari bit yang dipanggang atau diletakkan dalam salad.
3. Bleuberry
Ia merupakan salah satu buah yang saya makan setiap hari.
Hal ini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat disamping rasanya yang
seolah-olah makan gula-gula yang semula jadi! Untuk yang baru hendak
bermula, buah beri biru
ini merupakan salah satu buah yang sangat kaya dengan antioksidan
selain daripada mengandungi vitamin C, K dan juga serat. Disebabkan oleh
kandungan asid galliknya yang tinggi, beri biru sangat bagus untuk
melindungi otak anda daripada tekanan. Dapatkan kebaikan buah ini dengan
smoothie beri biru omega atau pankek beri biru bersama labu.
4. Brokoli
Ibu anda benar apabila dia menyuruh anda makan brokoli anda. Ia merupakan salah satu makanan yang terbaik untuk otak anda. Terima kasih kepada kandungan vitamin K dan choline yang tinggi di dalamnya. Ia akan menajamkan lagi ingatan anda.
Ia juga kaya dengan vitamin C – hanya satu cawan brokoli
sahaja, ia akan memberikan anda sebanyak 150% daripada keperluan vitamin
C yang disarankan. Selain itu, brokoli juga tinggi dengan serat
bermakna anda akan cepat kenyang.
5. Saleri
Dengan hanya mengandungi kalori sebanyak 16 bagi setiap
cawan, saleri sudah tentu menawarkan kebaikan yang sangat banyak! Ia
mengandungi antioksidan dan polisakarida yang tinggi di mana ia
bertindak sebagai makanan anti-keradangan yang semula jadi selain
daripada mengurangkan simptom-simptom yang melibatkan keradangan seperti
kesakitan sendi.
Disebabkan oleh ia sangat kaya dengan nutrien seperti
vitamin, mineral dan juga kalori yang rendah. Ia juga merupakan makanan
snek yang terbaik jika anda mahu menurunkan berat badan. Selain daripada
pucuknya, jangan dilupakan juga kepada biji dan daunnya juga.
Kedua-duanya memberikan khasiat tambahan yang terbaik
selain kedua-duanya sesuai untuk digunakan di dalam masakan bergoreng
mahupun bersup. Tidak pasti di mana untuk mula makan lebih banyak
saleri?
6. Minyak Kelapa
Ya, minyak kelapa,
salah satu yang paling verstail dan juga baik untuk anda. Dengan 77
jenis cara penggunaan dan khasiatnya, maka hampir tiada apa pun yang
tidak dapat dilakukan dengan minyak kelapa ini.
Apabila melibatkan otak anda pula, ia sangat penuh dengan
khasiat. Minyak kelapa merupakan bahan anti-keradangan semula jadi yang
menekan sel-sel yang mengalami keradangan. Ia boleh juga membantu
mengurangkan kelihatangan ingatan seiring dengan pertambahan usia anda
selain daripada memusnahkan bakteria jahat yang ada di dalam perut anda.
7. Coklat Gelap
Tidak semua coklat dihasilkan sama; hakikatnya, coklat
gelap ini lebih baik untuk anda! Ia dipenuhi dengan flavonol yang
memiliki ciri-ciri antioksidan dan anti-keradangan. Ia juga berupaya
untuk merendahkan tekanan darah di samping meningkatkan pengaliran darah
baik ke otak mahupun ke jantung.
Namun, jangan pula anda teruja mengunyah coklat Hershey’s
Kisses itu. Kebanyakan coklat yang dijual di pasar raya merupakan coklat
yang diproses dan khasiatnya pula tidak banyak. Cara yang terbaik untuk
memilih coklat yang sihat ialah, semakin gelap coklat tersebut, semakin
banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.
Tinggalkan coklat susu dan coklat putih dan pilihkah
coklat yang mengandungi kira-kira 70% kandungan koko di dalamnya. Hal
ini bagi memastikan anda akan mendapatkan kebaikan coklat sebenar dan
juga khasiat untuk otak anda juga. Cubalah manisan ini seperti Biskut
Mentega Almond bersama coklat gelap atau beri bersalutkan coklat.
8. Kuning Telur
Kuning telur mengandungi choline yang tinggi di
mana ia membantu dalam pembentukan otak janin bagi wanita yang sedang
hamil. Ia juga memecahkan betana, sejenis bahan kimia yang menghasilkan
hormon yang berkaitan dengan kegembiraan. Ya, benar, kuning telur mampu
membuatkan anda gembira!
Jika anda mengelak untuk makan telur disebabkan oleh kandungan kolestrolnya,
maka terdapat satu berita baru untuk anda. Kajian telah menunjukkan
bahawa dengan makan kuning telur, ia tidak memberikan kesan kepada tahap
kolestrol bagi golongan dewasa yang sihat dan mungkin juga bagus untuk
meningkatkan paras koelstrol baik.
Ia juga merupakan sumber protein yang paling murah. Hanya anda perlu pastikan bahawa anda membeli telur yang organik.
9. Minyak Zaitun
Minyak zaitun yang asli
merupakan salah satu daripada makanan untuk otak. Terima kasih untuk
kandungan antioksidannya yang tinggi yang dikenali sebagai polifenol
yang terkandung di dalamnya. Dengannnya, ia bukan sahaja mampu
meningkatkan prestasi pembelajaran dan ingatan anda, bahkan juga
menyongsangkan penyakit yang melibatkan pertambahan usia.
Minyak ini juag membantu melawan protein ADDL yang
mengandungi toksik kepada otak selain daripada mengurangkan penyakit
Alzheimer.
Sungguhpun ia merupakan minyak yang hebat, anda perlu
ingat bahawa ia tidak sesuai digunakan untuk memasak. Hal ini disebabkan
oleh ia akan terhidrogen dan musnah pada suhu yang tinggi. Cara yang
terbaik ialah dengan makan secara terus dalam keadaan sejuk ataupun pada
suhu bilik. Inilah amalan saya setiap pagi dan malam.
10. Sayur-sayuran berdaun hijau
Seperti Popeye dengan bayamnya, makanan bersayur seperti
kale, swiss chard dan salad romaine mampu mengawal penyakit dementia
menurut satu kajian terbaru.
Dalam kajian tersebut, yang mengkaji tabiat makan dan
keupayaan mental bagi lebih daripada 960 golongan berusia dalam
lingkungan 50 tahun. Mereka yang makan sayur-sayuran berdaun hijau ini
sekali atau dua kali sehari mencatatkan penurunan dalam masalah
kemerosotan mental berbanding mereka yang tidak makan sayur tersebut
sungguhpun faktor-faktor seperti usia, tahap pendidikan dan sejarah
keluarga yang mengihidapi dementia juga turut diambil kira.
Sayur-sayuran berdaun hijau ini juga kaya dengan vitamin A
dan K (hanya secawan kale mengandungi lebih daripada 684% daripada
jumlah yang diperlukan sehari!). Hal ini membantu dalam melawan
keradangan dan memastikan tulang sentiasa kuat. Dapatkan khasiatnya
dengan salad bayam bersama walnut dan mangga atau cip kale.
11. Rosemary
Semua sudah sedia tahu bahawa minyak rosemary ini memiliki
pelbagai khasiat. Namun, adakah anda tahu bagaimanakah ia bertindak?
Asid Karnosik, salah satu bahan yang utama terkandung dalam rosemary,
membantu melindungi otak daripada masalah saraf. Ia bertindak melindungi
otak daripada bahan kimia radikal bebas yang dikaitkan dengan masalah
saraf, penyakit Alzheimer, strok dan proses penuaan normal di dalam
otak.
Ia juga turut membantu melindungi mata daripada menjadi
merosot dengan kandungan antioksidan dan anti-keradangannya. Dapatkan
hidangan rosemary anda dengan Kentang Goreng bersama Rosemary.
12. Salmon
Sekiranya anda menyukai makanan laut, anda sudah
pasti teruja kerana ikan salmon merupakan salah seekor ikan yang paling
berkhasiat serta merupakan makanan untuk otak yang terbaik. Ia kaya
dengan omega-3 yang membantu untuk melancarkan fungsi otak anda selain
daripada meningkatkan ingatan anda.
Jika anda memiliki anak, memberikan mereka makan ikan
salmon ini boleh membantu mencegah penyakit ADHA dengan cara
meningkatkan tahap tumpuan mereka. Begitu juga asid lemak ini boleh
membantu untuk mencegah kanser dan membunuh tumor.
Perlu diambil perhatian juga bahawa kebaikan-kebaikan ini
hanya ada pada ikan salmod Alaska yang ditangkap liar bukan yang
diternak. Hal ini disebabkan oleh berkemungkinan ikan-ikan yang diternak
itu mengandungi raksa dan toksin. Anda boleh mencuba kek ikan salmon
atau susi ikan salmon salai buatan sendiri.
13. Kunyit
Bukankah suatu yang hebat apabila satu rempah yang ringkas tetapi mengandungi khasiat yang banyak? Begitulah yang ada pada kunyit yang
telah digunakan sebagai bahan penyembuh sejak berzaman. Terima kasih
kepada kandungan kurkumin di dalamnya yang merupakan agen antikeradangan
yang sangat berkesan.
Kunyit juga membantu untuk meningkatkan paras antioksidan
dan memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan sihat. Juga
meningkatkan pengambilan oksigen oleh otak anda, selain daripada
menjadikan anda sentiasa peka dan berupaya untuk memproses maklumat.
Sebarkan kebaikan kunyit ini! Mulakan hari anda dengan makanan ini
dengan mencuba Telur bersama kunyit dan juga teh kunyit.
14. Walnut
Kacang walnut
berupaya untuk mengelakkan anda daripada menjadi lemah. Hanya dengan
beberapa biji kacang walnut sehari, ia boleh meningkatkan kesihatan
kognitif anda. Paras antioksidannya yang tinggi, vitamin dan mineral
juga membantu meningkatkan kecekapan mental. Kandungan vitamin E di
dalamnya juga membantu menyembuhkan penyakit Alzheimer.
Comments
Post a Comment