MAKANAN MINDA YG MAK AYAH KENA AMBIL TAHU

Makanan yang baik untuk minda pelajar tapi ramai tak tahu.

Dengan makanan, minda dapat berfungsi dengan baik. Pelajar juga dapat mengingat dengan lebih lama...seperti pokok yang perlukan baja, begitu jugalah otak anak-anak.
.
Tapi kebanyakan ibu bapa alpha, ibu bapa lebih cenderung menghantar anak anak ke tuisyen dan bengkel2 menjawab soalan, serta ditambah lagi dengan kursus2 tertentu tanpa sedar bahawa perbuatan itu akan menimbulkan lebih bebanan kepada otak anak anak. Ibu bapa harus peka, seperti Komputer kapasiti RAM nya juga perlu di upgrade, jadi Otak anak anak sepatutnya malah seWAJIB nya dibekalkan dulu dengan makanan minda agar apa yg diajar dipusat tuisyen atau bengkel dapat diserap dengan lebih baik. Apa gunanya hantar macam2 bengkel jika otak tak di upgrade dulu, bekalkanlah makanan minda agar otak anak2 dapat menyerap lebih banyak maklumat.

1. Coklat Hitam
Coklat hitam dapat membantu pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. coklat juga menjadi makanan yang cukup berkesan mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi.

2. Omega
Ikan mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA), iaitu asid lemak yang memberi manafaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek. Satu hidangan iakan seminggu dapat mengurangkan seseorang menghadapi penyakit Alzheimer.

3. Sayuran Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau sangat baik untuk otak. Sayur membantu untuk mengigati maklumat yang lama.

4. Bijirin
Bijirin seperti kekacang baik untuk perkembangan otak. Kacang dan bijirin kaya dengan omega-3 dan omega-6, float, vitamin e, dan vitamin b6. Semua nutriem ini dapat mengaktifkan daya pemiliran seseorang.

5. Blueberry dan strawberry
Minum jus blueberry dapat meningkatan kemampuan otak. Blueberry mengandung senyawa kimia antosianin yang dapat mempercepat penyampaian mesej ke otak dan menghalang sel-sel daripada kerosakan kerana bertambahnya usia.
strawberry membantu menurunkan risiko diserang penyakit parkinson pada lelaki lanjut usia.

6. Telur
Telur mengandung banyak vitamin B12 serta lesitin. Vitamin B12 membantu melawan penyusutan otak, yang sering terlihat pada penyakit Alzheimer. Telur, meskipun sangat tidak sehat jika agan makan terlalu banyak, karena penuh dengan asam lemak esensial. Kuning telur, meskipun sangat tinggi kolesterol, juga tinggi kolin, yang merupakan zat pembangun sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingat agan.

7. Kurma
Kurma mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

8. Kismis
Gula dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis juga mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.

9. Badam
Badam merupakan sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan penting untuk tumbesaran kanak kanak.

10. Buah Delima
Meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi. delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.


Comments

Popular posts from this blog

ANAK HEBAT BERMULA DARI IBU BAPA YANG HEBAT.

KUASA MINDA

POTENSI ANAK BERBEZA WALAUPUN DARI RAHIM YANG SAMA