Posts

Showing posts from May, 2018

BUKTI SAINTIFIK-SECARA PSIKOLOGI JIKA ANAK DIDIDIK DENGAN 10 KAEDAH DIBAWAH AKAN MENJADIKAN ANAK LEBIH CEMERLANG

Image
Cara Mendidik Anak Yang Baik & Pintar Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman sendiri. Itu dari turun-temurun. Mungkin betul, mungkin salah. Bagaimana kalau dengan bukti sains yang serba-sedikit dapat membantu? Mari kita bongkarkan bersama-sama. 1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia. 2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahu...

CARA MENDIDIK ANAK LELAKI & ANAK PEREMPUAN.

Image
Perbezaan Jantina Memberi Kesan Kepada Kelakuan Anak-Anak   Antara faktor yang sangat membezakan identiti mereka dan respon terhadap kita adalah kelainan jantina. Menurut Dr Robin , beliau percaya bahawa perbezaan ini menjadikan ibu bapa perlu memberi penekanan yang berbeza terhadap mereka. Leonard Sax, MD, penulis buku  ‘Why Gender Matters and Boys Adrift’   berkata “Tiada perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan dalam perkara yang mereka boleh pelajari. tetapi, ada perbezaan yang KETARA dalam CARA mendidik mereka.” 5 Perbezaan Antara Mendidik Anak Lelaki Dan Anak Perempuan 1. Semasa Peringkat Usia Bayi Anak Lelaki : Mudah bertindakbalas terhadap rangsangan fizikal dan suka mengajuk gerak-geri tubuh berbanding bunyian atau nyanyian. Maka, mereka lebih mudah terhibur apabila ibu ayah menari, membuat wajah lucu berbanding berceloteh atau membacakan buku cerita untuk mereka. Anak Perempuan : Amat gemar terhadap ‘eye contact’ , bunyi-...

MAKANAN MINDA YG MAK AYAH KENA AMBIL TAHU

Image
Makanan yang baik untuk minda pelajar tapi ramai tak tahu. Dengan makanan, minda dapat berfungsi dengan baik. Pelajar juga dapat mengingat dengan lebih lama...seperti pokok yang perlukan baja, begitu jugalah otak anak-anak. . Tapi kebanyakan ibu bapa alpha, ibu bapa lebih cenderung menghantar anak anak ke tuisyen dan bengkel2 menjawab soalan, serta ditambah lagi dengan kursus2 tertentu tanpa sedar bahawa perbuatan itu akan menimbulkan lebih bebanan kepada otak anak anak. Ibu bapa harus peka, seperti Komputer kapasiti RAM nya juga perlu di upgrade, jadi Otak anak anak sepatutnya malah seWAJIB nya dibekalkan dulu dengan makanan minda agar apa yg diajar dipusat tuisyen atau bengkel dapat diserap dengan lebih baik. Apa gunanya hantar macam2 bengkel jika otak tak di upgrade dulu, bekalkanlah makanan minda agar otak anak2 dapat menyerap lebih banyak maklumat. 1. Coklat Hitam Coklat hitam dapat membantu pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. coklat juga menjadi ...

MENTALITI ORANG MELAYU DALAM BERBISNESS

Image
MENTALITI ORANG MELAYU DALAM  BERBISNESS Assalamuaikum, dan salam sejahtera. susah benar rasanya nak ubah mentaliti orang kita ni.... Hari ini saya nak tulis-tulis sikit berkenaan orang Melayu kita dan perniagaan. Saya nak angkat satu isu di mana kenapa orang Melayu ada sikit susah nak berjaya dalam perniagaan. Bukan saya nak maksudkan semua orang melayu susah nak berjaya dalam perniagaan, tapi sebahagian besarnya orang Melayu susah sikit nak berjaya dalam perniagaan kerana sikap dan pendekatannya yang negatif terhadap perniagaan. 1. Takut Memulakan Perniagaan. Ini adalah sifat semulajadi manusia, iaitu takut untuk memulakan perniagaan. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran seperti masalah tiada modal, bimbang persaingan, takut rugi, tak mahu ambil risiko dan bermacam-macam lagi. Sementara orang Melayu sedang berfikir tu, orang bangsa lain seperti orang Cina, orang Pakistan, orang Indonesia HATTA org bangla telah pun mula berniaga dan menjana keuntungan besar dar...

lapan tips atasi anak tantrum

Image
[# lapan tips atasi anak tantrum ] . “Aduh… Kenapa kamu buat macam ni? Kan mama dah kata jangan! Papa pun dah banyak kali pesan tak mau buat macam tu! Tak faham bahasa ke? Degil betul kamu ni! Siapa yang nak kemas semua ni? Dah, pergi masuk bilik!” Anda biasa dengar dialog sebegini? Kata-kata jeritan tersebut cukup sinonim dengan masyarakat kita masa kini, bukan? Pantang anak kecil buat salah sedikit, pasti anak tersebut akan dimarahi. Sekiranya setiap hari anak buat silap, setiap hari jugalah anak perlu menghadapi kemarahan ibu bapa yang tidak berkesudahan ini. Tetapi, tahukah anda bahawa dengan menjerit kepada anak ketika marah boleh mendatangkan kesan negatif terhadap anak? dan ini adalah diantara faktor yang menyebabkan anak menjadi TANTRUM. . BERIKUT disertakan antara Tips bagi mengatasi anak tantrum, namun ibu bapa juga Wajiblah menguasai ilmu parenting dalam mendidik anak. Cara seperti diatas adalah sangat perlu dielakkan.

SEBELUM MARAH ANAK KECIL, INGAT 5 PERKARA INI

Image
SEBELUM MARAH ANAK KECIL, INGAT 5 PERKARA INI Perasaan marah adalah normal bagi manusia biasa seperti kita semua. Namun, sudah tiba masanya untuk ibu bapa berfikiran lebih rasional sebelum bertindak menjerit kepada anak ketika dalam keadaan marah. Mari amati dan sematkan 5 perkara ini di hati agar sentiasa kita ingati sebelum memarahi anak. Semoga bermanfaat! 1. ANAK AMANAH ALLAH Bagi pasangan yang telah berkahwin, berita kehamilan dan kelahiran anak adalah sesuatu yang cukup menggembirakan serta tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersyukurlah bagi kita yang dikurniakan zuriat di kala ramai lagi ibu bapa yang masih lagi menantikan kehadiran si comel dalam kehidupan mereka. Anak adalah kurniaan Allah yang sangat bernilai dan hendaklah dijaga serta dididik dengan sebaik-baiknya, bukan diherdik ketika kemarahan membara. anak 2. KITA TIDAK SEMPURNA Kita semua adalah individu yang tidak sempurna dan tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan. Begitu juga dengan ...

TIPS KEJUTKAN ANAK WAKTU PAGI DENGAN GEMBIRA.

Image
TIPS KEJUTKAN ANAK WAKTU PAGI DENGAN GEMBIRA. Bagi ibubapa yang menghadapi kesulitan untuk mengejutkan si manja di awal pagi, dikongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira ; # PERSEDIAN SEBELUM TIDUR Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam. Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar. # TIDUR DENGAN BAHAGIA Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan ...