KEPENTINGAN MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK

KEPENTINGAN MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK

Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang 'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery).

Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:-
 - memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif
 - memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul
 - pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
 - menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit
 - Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat.

Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat. Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.

Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup. Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak

1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan.

2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C.

Ibu bapa perlu menyediakan makanan yang sihat dan menyihatkan. makanan yang sihat dan menyihatkan adalah makanan yang mengandungi vitamin semulajadi yang tinggi serta serat semulajadi yang baik untuk kesihatan badan dan ususu. anak anak perlu diberi makanan seumpama ini  kerana 2 sebab:

(a) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan
(b) Bila dia tak nak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi berikan makanan lengkap yang mengandungi superfruits dan elemen serat bagi  membantu 'support' keperluan badannya.

3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel.

4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2:
(1) sel darah putih, dan
(2) bakteria baik dalam usus.

Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya. **jangan keliru antara probiotik dan prebiotik. probiotik adalah bakteria, prebiotik adalah sejenis fiber.


Comments

Popular posts from this blog

ANAK HEBAT BERMULA DARI IBU BAPA YANG HEBAT.

KUASA MINDA

POTENSI ANAK BERBEZA WALAUPUN DARI RAHIM YANG SAMA