KEPENTINGAN MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK
KEPENTINGAN MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang 'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery). Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anak-anak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:- - memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif - memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul - pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka - menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit - Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat. Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), ...